{"id":1677,"date":"2022-08-09T15:13:46","date_gmt":"2022-08-09T07:13:46","guid":{"rendered":"https:\/\/wangmesraenterprise.com\/?p=1677"},"modified":"2022-08-09T15:13:46","modified_gmt":"2022-08-09T07:13:46","slug":"nagasaki-sambut-ulang-tahun-pengeboman-atom-di-tengah-kebimbangan-perang-nuklear","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/nagasaki-sambut-ulang-tahun-pengeboman-atom-di-tengah-kebimbangan-perang-nuklear\/","title":{"rendered":"Nagasaki sambut ulang tahun pengeboman atom di tengah kebimbangan perang nuklear"},"content":{"rendered":"<p>TOKYO: Nagasaki memberi penghormatan kepada mangsa serangan bom atom Amerika Syarikat (AS) yang berlaku 77 tahun lalu hari ini, dengan Datuk Bandarnya menegaskan peperangan Russia-Ukraine menunjukkan kepada dunia bahawa satu lagi serangan nuklear bukan sekadar kebimbangan sebaliknya krisis nyata pada masa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tomihisa Taue dalam ucapannya di Taman Keamanan Nagasaki berkata, senjata nuklear akan digunakan selagi ia wujud dan penghapusannya adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan masa depan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan, pencerobohan Russia di Ukraine dengan ancaman senjata nuklear dibuat, selepas sebulan empat negara kuasa nuklear berikrar tidak memperjuangkan perang nuklear.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini menunjukkan kepada dunia bahawa penggunaan senjata nuklear bukan sekadar ancaman tidak berasas, malah krisis yang nyata hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kepercayaan bahawa memiliki senjata nuklear untuk pencegahan adalah fantasi semata-mata, tidak lebih daripada sekadar harapan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Perang Dunia Kedua, AS menjatuhkan bom atom pertama di Hisroshima pada 6 Ogos 1945, memusnahkan bandar berkenaan dan membunuh 140,000 orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bom atom kedua kemudiannya dijatuhkan tiga hari kemudian di Nagasaki, mengorbankan 70,000 nyawa sebelum Jepun menyerah diri pada 15 Ogos sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, pada acara itu, peserta termasuk diplomat dari negara yang memiliki senjata nuklear bertafakur pada jam 11.02 pagi, detik ketika bom terbabit meletup di bahagian selatan Jepun pada 9 Ogos 1945.<\/p>\n\n\n\n<p>Jepun turut menyuarakan kebimbangan bahawa konflik terbabit mungkin mendorong China menjadi lebih agresif di Asia Timur dengan kerajaannya dilihat berusaha meningkatkan keupayaan serta perbelanjaan ketenteraanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Taue berkata, perbincangan mengenai pelucutan senjata nuklear tidak dipraktikkan seperti termaktub dalam Perjanjian Pemansuhan Senjata Nuklear (NPT) pada 1968 dan perjanjian itu menjadi semakin lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita mesti menyedari bahawa membebaskan diri daripada senjata nuklear adalah satu-satunya cara yang realistik untuk melindungi bumi dan masa depan manusia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, beliau menggesa kerajaan Jepun menonjolkan kepemimpinan menerusi diplomasi dan tidak bergantung kepada senjata nuklear sebagai pencegahan. &#8211; AP<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai bertafakur pada ulang tahun ke-77 pengeboman atom Nagasaki. &#8211; Foto AP<\/p>","protected":false},"author":3,"featured_media":1679,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"none","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":"","_seopress_analysis_target_kw":"","nf_dc_page":"","_eb_attr":"","om_disable_all_campaigns":false,"_mi_skip_tracking":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[23,25],"tags":[],"class_list":["post-1677","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia","category-all","entry","has-media"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/kgdenterprise.com\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/nagasakiulangtahun_1660028891-1.webp?fit=960%2C642&ssl=1","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1677","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1677"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1677\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1679"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1677"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1677"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1677"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}