{"id":1961,"date":"2022-08-03T11:25:18","date_gmt":"2022-08-03T03:25:18","guid":{"rendered":"https:\/\/wangmesraenterprise.com\/?p=1293"},"modified":"2022-08-03T11:25:18","modified_gmt":"2022-08-03T03:25:18","slug":"1293-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/1293-2\/","title":{"rendered":"Barang import bernilai rendah kena cukai mulai 2023"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) yang dibeli menerusi dalam talian akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Chow Chee Yen, berkata sebelum ini jika pengguna membeli barangan berharga RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara menerusi platform e-dagang, tiada cukai dikenakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, katanya, bermula awal tahun depan, pengguna akan dikenakan cukai jualan dianggarkan sebanyak 10 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah untuk mewujudkan &#8216;padang yang sama rata&#8217; untuk peniaga tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini kerana jika anda membeli sama ada dari dalam atau luar negara selepas ini, kedua-duanya akan dikenakan cukai,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2022 di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Kewangan sebelum ini membentangkan dua rang undang-undang (RUU) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua RUU berkenaan ialah RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>Bacaan kali pertama RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 itu bertujuan meminda Akta Cukai Jualan 2018 bagi mengenakan cukai jualan ke atas LVG dijual secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah RUU itu, Seksyen 11A baharu akan diwujudkan yang akan mentakrifkan LVG sebagai &#8216;sebarang barangan atau kelas barangan yang ditetapkan di luar Malaysia yang dijual dan dibawa masuk ke Malaysia&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Mohd Nizom berkata, kerajaan perlu memikirkan kaedah baharu untuk menarik pelabur asing ke dalam negara selain memberi keistimewaan pengecualian cukai.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, katanya, sebanyak 136 negara termasuk Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan kadar cukai minimum 15 peratus ke atas syarikat multinasional (MNC) di negara mereka beroperasi bermula tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maksudnya, jika Malaysia masih memberi insentif pengecualian cukai kepada MNC ini, negara asal syarikat ini boleh mengenakan cukai 15 peratus kepada mereka yang mana sudah tentu merugikan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maka, kita perlu fikirkan insentif dan cara lebih baik untuk menarik masuk pelabur asing selain hanya bergantung kepada pengecualian cukai,&#8221; katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengguna sebelum ini tidak dikenakan cukai jika membeli barangan import berharga RM500 ke bawah secara dalam talian &#8211; Foto hiasan <\/p>","protected":false},"author":3,"featured_media":1449,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"none","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":"","_seopress_analysis_target_kw":"","nf_dc_page":"","_eb_attr":"","om_disable_all_campaigns":false,"_mi_skip_tracking":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[22,25],"tags":[],"class_list":["post-1961","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","category-all","entry","has-media"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/kgdenterprise.com\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/shop-2-1280x720_1659415092-1.webp?fit=960%2C540&ssl=1","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1961"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1961\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1449"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}