{"id":1963,"date":"2022-08-03T11:28:19","date_gmt":"2022-08-03T03:28:19","guid":{"rendered":"https:\/\/wangmesraenterprise.com\/?p=1301"},"modified":"2022-08-03T11:28:19","modified_gmt":"2022-08-03T03:28:19","slug":"lawatan-pelosi-ke-taiwan-china-akan-lancar-tindakan-ketenteraan-bersasar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/lawatan-pelosi-ke-taiwan-china-akan-lancar-tindakan-ketenteraan-bersasar\/","title":{"rendered":"Lawatan Pelosi ke Taiwan: China akan lancar tindakan ketenteraan bersasar"},"content":{"rendered":"<p>BEIJING: Tentera China mengumumkan pasukannya kini berada dalam &#8216;keadaan berjaga-jaga tahap tinggi&#8217; dan akan &#8216;melancarkan siri tindakan ketenteraan bersasar&#8217; sebagai tindak balas terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, ke Taiwan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, media negara ini melaporkan China turut memanggil Duta AS di Beijing, semalam, untuk menzahirkan teguran dan bantahan atas lawatan Pelosi itu yang disifatkan sebagai amat tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Menteri Luar China, Xie Feng, menyuarakan &#8216;bantahan keras&#8217; terhadap lawatan berkenaan, dalam perbualannya dengan Duta, Nicholas Burns.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tindakan itu amat tidak wajar dan akibatnya adalah sangat serius. China tidak akan berdiam diri,&#8221; kata Xie menurut laporan agensi berita Xinhua.<\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan Pelosi sebagai ahli politik berprofil tertinggi AS melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun, memburukkan lagi ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu, dengan Beijing menyifatkannya sebagai satu provokasi besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Xie menegaskan, AS akan &#8216;membayar harga atas kesilapan sendiri&#8217; dan menggesa Washington &#8216;segera menangani kesalahannya serta mengambil langkah praktikal bagi mengelakkan kesan buruk akibat lawatan Pelosi ke Taiwan.&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Pelosi mendarat di Taiwan, semalam, bertentangan dengan amaran berterusan daripada Beijing yang jelas berang. China menganggap Taiwan yang memiliki pentadbiran demokrasi sendiri, sebagai sebahagian daripada wilayahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Taiwan adalah milik China, dan Taiwan akan akhirnya kembali ke pangkuan tanah air. Rakyat China tidak takut kepada &#8216;hantu&#8217;, tekanan dan kejahatan,&#8221; kata Xie kepada Burns.<\/p>\n\n\n\n<p>Tentera China turut mengumumkan perancangan mengadakan siri latihan ketenteraan di perairan sekitar pulau itu, bermula hari ini, termasuk &#8216;tembakan peluru hidup jarak jauh&#8217; di Selat Taiwan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Taiwan dilaporkan mendakwa lebih 21 pesawat tentera China terbang memasuki zon pengenalan pertahanan udara pulau itu, semalam &#8211; kawasan lebih luas daripada ruang udara wilayahnya yang bertindih dengan sebahagian zon pertahanan udara China.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu di Taipei, Pelosi yang sedang dalam rangka lawatan ke Asia, menegaskan bahawa beliau bersama delegasi tiba &#8216;secara aman ke rantau ini.&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami datang dalam persahabatan ke Taiwan. Kami datang secara aman ke rantau ini,&#8221; katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Speaker Parlimen Taiwan, Tsai Chi-chang. &#8211; AFP<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelosi (kiri) bersama Chi-chang (R) di Taipei, hari ini. &#8211; FOTO EPA<\/p>","protected":false},"author":3,"featured_media":1453,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"none","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":"","_seopress_analysis_target_kw":"","nf_dc_page":"","_eb_attr":"","om_disable_all_campaigns":false,"_mi_skip_tracking":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[23,25],"tags":[],"class_list":["post-1963","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia","category-all","entry","has-media"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/kgdenterprise.com\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/TAIWAN_USA_CHINA_GOVERNMENT_1659496788-1.webp?fit=960%2C640&ssl=1","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1963","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1963"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1963\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1963"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1963"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/kgdenterprise.com\/eng\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1963"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}